Kelab Pingpong Guar Perahu

Sekarang ni terdapat banyak tempat untuk bermain pingpong berbanding 20 tahun lepas. Ada individu atas usaha sendiri membeli meja pingpong samada kegunaan persendirian . Dewan As-isyak yang dibina khas untuk aktiviti sukan Pingpong merupakan sebuah dewan pingpong pertama dan terunggul di Malaysia kelolaan individu dan milik penuh 100% Melayu.
Dengan terbina nya
Dewan As-isyak, adalah diharapkan agar sukan pingpong dapat dimajukan dan di perkembangkan pada masyarakat orang melayu khususnya dan dapat di menafaatkan sepenuhnya terutama oleh generasi muda kearah aktiviti yang sihat serta berfaedah.

SINOPSIS KELAB PINGPONG GUAR PERAHU
Kelab Pingpong Guar Perahu mula di tubuhkan pada 2-08-2008, bermula dengan keahlian seramai 15 orang.

Bangunan
(Dewan As-isyak) berstruktur konkrit simen secara keseluruhannya dengan keluasan tapak 40 X 30 kaki. Bermula dengan 2 buah meja sahaja, berikutan peningkatan jumlah pemain
Pada penghujung tahun 2009 kerja-kerja naik taraf bangunan telah dijalankan. Kerja-kerja pembinaan tersebut diatas tapak 70 X 40 kaki telah siap pada bulan April 2010 dengan kapasiti untuk 4 buah meja.

Jumlah Keahlian sekarang(21-12-2017) adalah 75 orang, tidak termasuk pemain pelawat.

UPGRADING (November 2017)
Kapasiti terkini 8 buah meja pingpong telah mula beroperasi sejak 21-11-2017.


Semua pemain & peminat amat di alu-alukan bermain/join kelab.
Selamat datang ke Dewan As-isyak

"Blog ini di lancarkan pada April 2011"


Tuesday 14 June 2011

YURAN DAN KEAHLIAN


Yuran Minima RM35.00 dikenakan pada hari biasa (bukan jadual) untuk 1 jam (4 meja). Terhad kepada 10 orang sahaja, RM6.00 untuk tiap orang yang berikut nya. Untuk pakej ini bola tidak disediakan. Bola pingpong boleh dibeli dari Pengurus Dewan

No comments:

Post a Comment

LOKASI DEWAN PINGPONG AS-ISYAK

Untuk ke Dewan As-isyak Guar Perahu (klik)

atau GPS : N 05 25.383 E 100 28.837